Sabtu, 13 Ogos 2011

PENTING!!!!!...SENARAI KOD YG MENGANDUNGI " PIG FAT "


sy ambil snarai kod ni dr mama ..kbetulan mama abik dr salah sorang kwnnye yg sama2 krja kt koperasi HUSM..so,sblm  korang nk mkn check dlu kt plastik makanan..sama ade..ade ke x,kod ni...lau ade jgn try utk mkn ye..tnpa kita sedari mmg terlalu bnyk dah makanan yg kita makan mngandungi LEMAK BABI..tdi jenuh check plastik makanan kt umah...ade la terjumpa makanan yg ade kod ni...buang smuanye...nk makan pn agk was2 dah skrg ni..subhanallah..(-_-)


NI SENARAI NOMBORNYA...



 Daripada Abu Hurairah telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya Allah itu Maha Baik tidak menerima melainkan sesuatu yang baik. Dan Sesungguhnya Allah telah memerintah para orang yang beriman sama dengan apa yang telah Dia perintah dengannya terhadap para rasul. 
Maka firmanNya yang bermaksud : Wahai rasul-rasul makanlah kamu daripada makanan yang baik (halal)...
dan firmanNya lagi yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada makanan yang baik apa yang dianugerahkan kepadamu(halal).... Kemudian Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.

Selasa, 9 Ogos 2011

Amalan Rasulullah Di Bulan Ramadhan

      AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah 
ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan..






      WAHAI MANUSIA, sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.
Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.
Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akanmengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.
Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”
Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.
Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.
Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”
Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk  merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar  39:53)